Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2015

Kalau Dah Benci, Tak Suka...Depan Mata Pun Kau Tak Nampak

Sedang aku melewati muatan berita di Facebook lol, ternampak aku satu post dari seorang member masa belajar kat Shah Alam dahulu kala. Untuk pengetahuan, member aku ini ahli ISMA dan baru-baru ni aktif dalam usaha membantu mangsa-mangsa banjir. Adanya satu artikel di The Malaysia Insider yang bagi aku menunjukkan penulis seorang yang pemalas, ataupun memang komited untuk tidak suka ISMA lantas menutup mata melihat kebajikan yang dilakukan ISMA. Walaupun aku paham penulis tu punya sebab untuk menaikkan hal ini, tak bolehkah dia buat research dahulu? Google tengok, ada tak ISMA buat aktiviti membantu mangsa banjir? Yang aku tahu, dari facebook member aku ni, diorang punya pusat pungutan bantuan tu di Giant, Kedah la kot. Tak pun Perak. Aku tak pasti. Nanti aku tengok facebook dia. Apa-apa pun, ramai orang yang singgah bagi barang. Manusia yang banyak masa macam aku. Link Aku bukanlah seorang ahli ISMA, mahupun penyokong tegar mereka. Aku cuma berbulu melihat ketidakadil...

Hikayat Geringnya Putera Raja Ram

Sebenarnya, aku memang malas nak berjumpa doktor di klinik mahupun hospital kalau sakit demam saja. Lagipun, aku percaya kepada sistem imun badan aku ni. Jadi, tadinya aku ke klinik sebab onset demam ni tiba-tiba, yang selama beberapa hari telah aku abaikan dengan memujuk diri "Minum air, tidur kang elok ah. Weekend ni lek je ah." Oleh sebab aku baru pindah ke kawasan ni, aku cuma tahu mamak mana yang sedap dan bersih bersertakan servis bagus, dan kedai tomyam mana yang bolehlah. Mencari klinik yang buka pada hari Ahad ni rupanya satu cabaran juga. 3 klinik aku pergi, semuanya tutup. Ada satu yang buka, tiada orang di kaunter. 10 minit menunggu, kepala makin berdenyut. Terus, aku keluar ke tempat lain. Akhirnya, ketemu juga Klinik I-Care. "Harapnya kamu benar-benar care pasal aku ya, doktor" bersuara aku, out loud. Mujur masih dalam kereta, kalau di luar dan ada orang, pasti sedikit segan rasanya. Selepas siap segala urusan, berserta MC, ya MC. Hari Ahad aku s...

Sarikata..bukan Sari Yanti...hihihihihi

Sudah menjadi tabiat aku pada hari Jumaat, aku akan buat marathon...marathon TV series yang dah berminggu-minggu tak tengok. Ya, that's how I spend my off days, people. Aku sedar memang tak sihat langsung aktiviti ni. Ditambah dengan makanan-makanan ringan peneman setia..anyway, ini bukanlah isi penting cerita aku kali ni.  Isi pentingnya ialah :- Yang buat aku rasa sikit bengang dan mula nak marah-marah sebab aku jenis tak bersyukur ada Astro, tv, komputer dan internet ni ialah, dia punya sarikata...orang kat Kg.Baru, Kerteh cakap, subtitle. Subtitle cerita-cerita bersiri ni, baik cerita Amarika mahupun Korea, amatlah mengecewakan. Kebanyakan masa aku menggunakan common sense aku untuk men-decipher maksud subtitle tu. Yang mana lepas tu biasanya aku akan tutup subtitle dan terpaksa berhenti makan sebab nak dengar betul-betul. Aku ada masalah bila makan memang bising bunyinya. Sebab tu dulu masa aku in a relationship, aku kurus sebab aku control intensity bunyi dan kunyahan ...