Pages

Friday, December 26, 2014

are we being fair?

Aku tengah tengok-tengok blog aku yang tak berusik hampir 3 bulan ni. Okay, takde komen baru. Tadahal. Tapi ada dua draft. Ni, yang aku tulis sekarang ni, salah satu daripada dua draft tu.

'are we being fair?' ni apa kes aku tulis tajuk ni. Aku sendiri tak pasti. Mungkin aku tengah high on rage, yang mana selalunya aku botolkan je dalam hati. Untuk mengekalkan keasliannya, tajuknya akan ku biarkan begitu saja. 

Sekarang ni, musim tengkujuh. Kebiasaannya memang akan banjir negeri-negeri pantai timur macam Kelantan, Terengganu dan Pahang. Belah Johor ada yang banjir tapi tahun ni tak dengar teruk sangat. Cuma Mersing ada sikit banjir.

Tapi tahun ni banjir memang teruk. Katanya the worst flood ever in history of Malaysia, since 1971. Ni yang aku baca kat Whatsapp dan Facebook. Some say 1971, some say 1967. Aku langsung tak ikut berita mainstream, semua aku ambik dari social media...with a pinch of salt la. 

Berita-berita (mengikut standard kebanyakan member-member facebook) kat facebook, twitter, instagram atau apa-apa saluran social media ni memang pantas, segar dan LIVE punya. Kalau di mainstream, macam di tv, radio, surat khabar, awal-awal tahu dah, mesti ada sikit potong, sikit buang. Juga, lambat satu lagi.

Walaupun begitu, kenapa aku kata aku ikut berita-berita apa-apa sekalipun kat social media, just with a pinch of salt? Kenapa? 

Okay, aku nak pergi melabur jap. Buhbye.

4 comments:

plain83 said...

A pinch of salt, ikut sesedap rasa? Huhuh... be safe bro, wherever you are... lets pray for the best, n do what we can for the unfortunate. Gelombang ke-3 nanti membimbangkan jugak, next spring tide is coming :(

Danial Jaafar said...

ikut sesedap rasa la. sendiri pikir, sendiri simpan. bising-bising apa dapat. =)

thanks pembaca setia! hahaah

plain83 said...

syok gak baca ko merapu dan membebel, dan aku tak suka jadi silent reader... hahahah~ ;3

tahun ni boleh tengok apa pulak ko nak bebel... LoL X3

Danial Jaafar said...

apakan daya, hanya itu bakat aku - merapu.

=P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails