celaru rasa. walau aku sedar semua ni dah diaturkan oleh Tuhan, aku tetap rasa celaru, kasihan. Salah ke rasa macam ni?
celaru aku, ikut bahasa Inggeris aku, mixed emotions. Aku tak rasa keyakinan aku goyah. Apa yang buat aku rasa begini mungkin kerana aku ada banyak persoalan tak terjawab..atau pon dijawab. rasa macam masa aku kecil, comel bulat dulu-dulu. curiosity aku yang diterjemahkan ke dalam soalan-soalan yang tak pernah putus.
cerita yang geli hati dari masa lepas. aku asyik ikut Wan di kampung, bertanya
"Wan buat apa tu?"
"Kenapa Wan buat macam tu?"
"Ada harimau ke kat kampung?"
mengikut ceritanya dari mulut ayah aku. mustahil aku boleh ingat semua itu. apa yang berlaku tahun lepas pun samar-samar.
mungkin, aku bukan celaru, sebab banyak persoalan tak terjawab. mungkin, aku berasa marah dengan diri aku yang takut. Atau aku menyesal.
Tapi sesal aku ini, (kalau betullah rasa ini rasa menyesal) setidak-tidaknya tidaklah tidak berguna.
Mana boleh semua yang berlaku di dunia ini tidak berguna. Itu aku percaya sampai bila-bila. Kerana apa yang aku lihat tak sama seperti dengan yang aku lihat dulu.
And for that, I thank You.
Ulasan