Langkau ke kandungan utama

Appresiasi Yang Tak Pernah Basi

Hari ini Hari Guru. Tadi aku terbilang "Hari Cikgu" dan bunyinya janggal sekali. Kata orang Kerteh, awkward.

Pabila disebut guru-guru, cikgu-cikgu di sekolah-sekolah lama, macam-macam terlintas. Walaupun zaman sekolah rendah aku boleh tahan seronok, aku lagi suka zaman sekolah menengah daripada sekolah rendah. Tapi nak dibandingkan dengan zaman universiti, memang tak dapat la. Aku gauge aku punya kesedapan pengalaman aku berdasarkan faktor-faktor life lessons learned, kawan-kawan dan rejection, failures. Kalau aku guna faktor populariti, tentulah zaman aku montel comel tak nampak leher lagi best. Ramai peminat kata-kata gosip murahan yang sempat aku dengar. Oh, dan kalau siapa-siapa percaya dua ayat terakhir tadi sila ketawakan diri sendiri sebab anda amat naive dan gullible.

Tadi cakap pasal cikgu, ni tiba-tiba cakap pasal zaman belajar. Anyway. We'll get there, my friend.

Kalau sebut zaman sekolah, aku ni biasa-biasa orangnya. Did not stand out much if not for my English. Kiranya kebanyakan orang, cikgu ingat aku pasal subjek bahasa Inggeris. Kebetulan masa tingkatan 1 ke 2 Too Phat tengah naik. Untuk adik-adik yang baru nak up, sila Google Too Phat. Bukan Too Fat. So, I was a too fat teen listening to Too Phat team. (team pasal ada Malique, Joe Flizzow and DJ T-Bone!) Masa layan Too Phat ni lah mungkin ada rasa rebel sikit dalam diri. Aku pun tak tahu kenapa masa tingkatan 2 cikgu matematik aku, Cikgu Tajul (ingat lagi broo....) selalu pick on me. Like, what beef you got with me, man? bilang aku dalam hati setiap kali dia cakap

Konvo sekolah menengah.


"Danial ni anak pilot, tapi matematik dia biasa-biasa je. Macam mana ni.."

Looking back, sebenarnye small the matter je brader. Tapi tu lah, budak baru nak baligh umpama macam pregnant woman. They both sort of got a cocktail of hormones going on inside them LOL. So, being the spoiled boy I was, aku pon bilang sama mak that one time aku call rumah menggunakan khidmat telefon reverse caj. Jadi, satu hari Cikgu Tajul panggil aku sorang-sorang dalam kelas ketika orang lain sedang nak keluar kelas. Kiranya, that day aku dan Cikgu Tajul had a man to man talk aa. So, all good. In fact aku berterima kasih sama Cikgu Tajul sebab kalau tak, mungkin ceritanya lain hari ni. Apa-apa pun, itu semua Tuhan dah rancang.

Lepas tu, aku biasa-biasa je. Masih lagi dengan hiphop Too Phat ku dengan kasut Reebok ku yang sungguh fab. Femes kejap bila pakai kasut tu gi prep. kekekekeke... aku rasa cikgu-cikgu yang mungkin ingat aku...tak banyak kot. Entah-entah sorang je. Sebabnya aku ni jenis budak skema dan nerd la jugak. Not much of a fun one. Paling ganas pernah aku buat masa sekolah, simpan rambut dan main basketball dalam dorm. Ini lawak jugak. Aku main dengan member aku Pijam dalam dorm pengawas, lepas final World Cup 2002.

Sedang asyik aku dan Pijam koya shoot basketball, ternampak Cikgu Ansari lagaknya seperti Dwarf dalam LOTR dengan rotan di tangan. Damn, Tuhan Maha Adil. Dia bagi Brazil menang, lepas tu kena denda main basketball dengan Pijam kat basketball court depan asrama. Cikgu Rahimi ada juga la masa tu. Yang paling best, Cikgu Rahimi cakap,

"Mu ni mesti jenis dok main petang owk. Sebab tu mu main dalam dorm"

Berbekas dalam hati seorang budak gemok time tu. Sebab aku main petang, main badminton cuma. Jadi mungkin tak nampak macam seorang budak basketball aa. Sejak dari malam tu aku pun tanam nekad nak main basketball petang-petang walaupun tak sehebat budak-budak basket. Pedulik ah. Ambik masa setahun dan juga once every 2 days run untuk hilangkan kebulatan muka aku. Masa form 5, ramai dah cakap

"Danial napok kurus le ni owk"

Bangga sebentar. Jadi, kembang sebentar.

Walaupun aku tak tahu sama ada Cikgu Rahimi ingat ke tak budak yang dia denda itu malam sebab aku yakin mesti dah ramai sangat dia denda even dia lost count yang penting, he meant well. Ye lah, pekejadah ko main basketball malam-malam. Nasib baik cikgu je denda. Kena panggil sama senior form 5 bawah tu mahu nak terkencing rasanya. Hahaha Akibat dari kejadian malam tu juga aku rasa telah membentuk aku menjadi ahli masyarakat yang bertimbang rasa dan tidak menyusahkan jiran tetangga. Terima kasih Cikgu Rahimi dan Cikgu Ansari!

hehehe

Zaman universiti....tak perlu rasanya sebab korang tengok sendiri dalam blog ni atau facebook aku kalau korang ada.

Selamat Hari Guru! kepada guru-guru SK Kerteh 1994-1999, guru-guru SESMA 2000-2004, cikgu tuisyen hehehe dan pensyarah-pensyarah INTEC 2005-2006, Monash University Gippsland School of Science and Engineering 2007-2010.

Ulasan

plain83 berkata…
Heheh, cikgu yang suka sakat-menyakat pelajar secara verbal sikit2 zaman dulu tu perkara biasa... zaman sekarang? pelajar pulak yang lebih2 menyakat cikgunyer, terbalik sudah... selamat hari guru buat para cikgu sedunia ;3
biasa je. sekarang zaman berbeza, cikgu-cikgu harus kuat hahaha
Fatin Baharum berkata…
zaman sekolah rendah leher tak dok, hahahaha. >.<
ooo ko gelak sama aku ye fatin nabila!

Catatan popular daripada blog ini

cuti cuti malaysia (penang, johor bahru, singapore, melaka)

We start with... Penang!!! 5 hours after I reached Penang, I was busy helping my dad cleaning up the lawn. hehehehe..good boy! =P Later, me and my parents had nasi kandaq! Quite a heavy meal for breakfast, I know but thats pretty common in Penang, regardless of your colour skin. If you are a Penangite, you cant care less if its heavy or not. What you know is the food is gonna last you until lunch hour for another round of nasi kandaq or maybe some other meals.. The boys, back then it was still school holidays..thats why they only wake up aroun 9 -11 am... lazybums.. In JB..well..nothing much in JB I think..prefer Penang..hehehe no offence JB folks! =P Where is this again..Angsana Mall? UO? I don't remember.. In Singapore..was quite okay actually, only that, because we had Apish crying for us to carry him instead of him walking..it was a pretty tiring day... Arab St. I think... I think this bar/cafe/restaurant looks cool The masjid there The Family We just went where out feet taking

Reconnect: My Journey Back to Blogging

 Hello, fellow travel enthusiasts and friends of Malaysian adventures! It's been an incredible journey, one that saw me take an unexpected hiatus from blogging for more than three years. Life happened (more like COVID happened) —responsibilities, changes, and personal growth—but one thing remained constant: my love for exploring the beauty and diversity of Malaysia. With power to put Dillan on my back, comes great responsibility! Today, I'm excited to announce my return to the world of  blogging. It's a bit like revisiting an old friend and reminiscing about unforgettable experiences. As I dust off my keyboard and sift through the memories of past travels, I can't wait to reconnect with all of you and share new adventures. Reflecting on the Past During my hiatus, I took the time to recharge, reflect, and embark on new journeys, both physically and emotionally. I've explored different aspects of life, including my passion for raising awareness about autism, delved de

Hang Tuah The Animation?

Woah, woah! Read this at beautifulnara about a three way agreements signed by Japanese anime studio Gonzo (Blood: The Last Vampire), Malaysian animation studio Funcel and Malaysia's National Film Development Corporation to produce Hang Tuah the animation! The protagonists....maybe? The antagonists...look so.. It sounds cool to me at first but I am being a bit skeptic about having non Malaysians to make an anime out of this legendary warriors, Hang Tuah and his friends. What more, I wonder are the voice actors gonna be Japanese too? I remember watching Silat Lagenda. That was awesome for our technology that time. But I think I shouldn't be all negative about Gonzo studio animating Hang Tuah because it's a collaboration....I think? Well, you guys can read more here and here . hehehehe