"Ini satu kisah. Serigala dan biri-biri. Mereka tinggal bersebelahan, dipisahkan oleh pagar. Serigala selama ini tidak pula ambil kisah akan biri-biri...sehinggalah pada suatu hari...lagipun, bukankah semua cerita kanak-kanak bermula dengan, "Pada suatu hari"? Serigala baru tersedar akan biri-biri di sebelah kawasannya. Serigala senang sekali berkawan dengan biri-biri. Tapi serigala tertanya-tanya, adakah biri-biri senang sekali mempunyai teman seperti serigala? Lagipun, bolehkah mereka berkawan rapat? Hari demi hari, serigala cuba untuk menyeberang masuk kawasan biri-biri. Pagar dirobohkan setiap kali dia seberang. Mungkin takut, mungkin terkejut, mungkin juga tidak mempunyai rasa serupa seperti serigala, biri-biri menolak baik pelawaan serigala setiap kali serigala datang. Serigala pun sedar, biri-biri tidak boleh dipaksa dan serigala tidak pula berniat untuk menjadikan biri-biri makanannya, hanya sekadar teman rapat. Jadi, selepas setiap kali ditolak serigala ak...
"Ancora imparo." Hidup penuh pembelajaran dan pengajaran bagi yang mahu belajar.