Kelihatan dia seperti lena, matanya terkatup rapat. Tiba-tiba sahaja matanya terbuka. Kalau itu merupakan babak dalam cerita seram, sudah pasti menjerit audiens di panggung.
Kedengaran degup jantungnya berdetak lain rentaknya. Bukan rentak ketika kau berdebar-debar teruja, berdebar-debar gemuruh. Rentak detak degup jantungnya itu seperti diamuk King Kong Pulau Tengkorak! Marahkah King Kong itu? Atau sekadar keliru di mana hilang Ann Darrownya?
Kemungkinan di benak fikirannya. terproses segala kata-kata yang didengar, dibacanya, dan juga segala kata-kata yang dibalasnya sejenak tadi. Mungkin sekarang ini sedang dia membuat post-mortem. "Adakah kata-kata itu benar?" "Perlukah aku berkata begitu tadi?" "Adakah si polan itu, si polan ini mungkin dapat menggapai dan merasa isi kata-kata aku itu?" dan berbagai lagi soalan probing terhasil di meja mesyuarat benak fikirannya.
Sekian lama begitu, akhirnya terlena juga dia, setelah penat berfikir. Sedangkan, alam fikiran itu, tiadalah berupaya menghasilkan apa-apa, selagi dia sendiri yang tidak bertindak. Namun, belum apa-apa, dia telah tertewas, sebelum bertindak, dek fikir kepalanya sendiri.

Ulasan
Uuuu... sounds nice and fancy ;3