Kucing tak dapat dinafikan salah satu haiwan peliharaan yang paling comel, kalau tak paling comel sekalipun. Bagi penganut agama Islam, merupakan satu perkara yang biasa untuk melayan kucing dengan baik kerana kucing dikatakan binatang kesayangan junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.
Walaubagaimanapun, peristiwa yang berlaku pada pagi tadi sungguh menggugat iman si penulis.
Ketika sedang khusyuk membaca komik Jepun di laman sesawang, tiba-tiba
PANG!!!!
Ah, disangka ibunya sudah pulang dan dengan tanpa niat terjatuhkan cawan kaca. Penulis keluar dari biliknya, menuju ke dapur. Ibunya tidak menjawab pertanyaannya. "Apa pulak ni?" Penulis bergegas.
Cawan kaca berisi milo pada pagi tadi untuk adik-adiknya pagi tadi berada di atas lantai, pecah. Bukan lagi retak seribu. Serpihan-serpihan besar, kecil bertaburan di atas lantai dapur itu. Air milo coklat pekat itu juga membasahi dapur itu. Ternampak tudung saji di atas meja sedikit lari, seperti ditolak. SAH! Kucing kelabu samdol itu punya kerja. Dua hari lepas, perut lembu yang diletakkan di sinki dapur dicurinya, kali ini, mahu mengambil makanan dari tudung saji. Keparat!
Segera si penulis berpaling ke arah pintu gelongsor di belakangnya yang memang sedia terbuka setiap pagi. Barulah tak busuk, kata ibunya suatu ketika dahulu. Bertentang mata dengan si kucing kelabu itu, yang tanpa membuang masa terus membuka langkah seribu ke arah belakang rumah.
"Menatang woi, mu tunggu natang wei!" terus dimakinya kucing itu. Bergegas ke luar rumah, mengejar kucing itu. Entah dirasuk iblis mana agaknya, si penulis terus mencapai batu sungai yang digunakan untuk landskap rumahnya. Niat di hati mahu direjam haiwan pembawa masalah itu. Tapi, kucing itu terlebih dahulu melarikan diri ke rumah sebelah.
Setelah penat menunggu, si penulis kembali ke rumah, mandi. Ketika itulah, terasa bodohnya kerana begitu marahkan kucing yang sememangnya hanya tahu makan, tidur, berak, kencing dan buat anak itu. Ahh...ujian Tuhan pasti. Sudah banyak senangku, diduga secetek ini sudah hilang pertimbangan. Apa rumahku terbakar? Tidak, cuma cawan pecah.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jangan biarkan hidup anda diselubungi, api kemarahan~
hehehehe

Crime Scene |

Ulasan