Pages

Wednesday, September 1, 2010

Entri Khas Merdeka (bahagian satu kot)

Walaupun dah 1 September dah, tak kisah la. Aku tetap nak buat entri khas merdeka. Dalam bahasa Melayu lagi. Kalau blogger2 yang baru datang ke blog ni nampak aku asyik guna English je jangan disangka tak pernah guna Bahasa Melayu. Ada je, nak baca? Hehe klik ini dan ini. =P

Apa apa pun, entri khas Merdeka aku ni tak lah panjang sangat. Sebab aku cuma nak cakap pasal isu-isu yang beratus-ratus blog lain dah cakap. Cuma sudut pandangan aku berbeda sikit lah. Eh, aku guna perkataan Bahasa Indonesia, nanti aku akan dicop pencuri pulak dengan kumpulan-kumpulan GERAM dan LIRA tu =P.

Isu Pengetua Sekolah & Namewee
Masa pengetua Hajah Siti Inshah punya cerita keluar, agak sensasi jugak. Tapi aku perhatikan tak banyak blog yang memperkatakan hal ini. Blog aku pon sekali lah. Aku dapat tahu pasal pengetua-pengetua yang bersifat perkauman ni pon dari blog ni. Lepas tu barulah aku baca dari akhbar. Tak lama lepas tu, kat facebook ada orang dok post video si Namewee tu. Hah, amik ko, mantap dia bagi.
Bagi aku, si Namewee ni orang berdarah muda yang geram sebab ada orang bersifat perkauman terhadap orang cina. Memang bahasa dia gunakan, tak elok langsung didengar. Masa video si Namewee ni keluar, barulah aku dapat tengok hampir setiap blog bercakap pasal tu. Haa, sarang tebuan jangan dijolok. Mula lah sorang-sorang menyuarakan rasa tak puas hati. Ada yang masih lagi menggunakan bahasa yang elok, ada yang memaki hamun.

vs
Mungkin cuma aku je yang rasa macam ni, tapi macam ada sikap double standard. Kalau masa pengetua tu bagi komen, tak banyak liputan yang dapat kat dunia blog. Masa Namewee je, fuh ramai. Bagi aku, ketidakadilan itu tetap ketidakadilan tanpa mengira siapa yang kena. Takkan bila orang Melayu kena kutuk dalam video je baru nak bersuara. Kalau orang India, Cina, Penan kena kutuk bersifat perkauman, ko endah tak endah je. Dan tak perlulah nak menggunakan kata-kata kesat untuk menyuarakan rasa marah. Kata agama Islam. Heh.

Teringat cerita yang berlaku pada malam merdeka. Tahukah kalian, sekumpulan remaja Melayu membelasah sekumpulan pemuda Cina yang dalam perjalanan untuk menyaksikan sambutan kemerdekaan? Dah kena pukul, remaja-remaja tu boleh pulak cakap, balik ke tempat asal. Tahu?tak tahu? Kalau tak tahu, ada munasabahnya, sebab polis sendiri cakap kat diorang yang kena pukul tu "Mustahil berlaku, kita dah ronda kawasan ni." Double standard tu beb. Kalau kena kat orang Melayu, mau ada yang berteriak "Balik ke negara asal!" Nak baca cerita asal? Silalah ke sini.

Aku takdelah pulak nak cakap semua remaja Melayu nak bantai orang Cina. Tak. Motif aku ceritakan ni, sebab nak tunjukkan sikap pihak berkuasa yang patut mengambil tindakan apabila insiden macam ni berlaku. Bukannya bersikap denial sebab tak dapat terima hakikat ada insiden begini berlaku walaupun mereka dah menjalankan rondaan. Terima kasih sebab buat rondaan, tapi kena ingat, kita manusia, dan kadang-kadang benda yang kita rancang tak semestinya menjadi. (Yang tu, tuju kat aku jugak ayat tu. =P)

Apabila direnungkan, difikirkan, tengok keadaan kat Malaysia ni macam pernah berlaku kat negara-negara omputih - Amerika, Australia, U.K. Mat salleh kat sana dulu ada je yang pernah cakap kat orang Cina kat situ "Go back to your country!" Agaknya, memang Malaysia pon menuju ke arah tu. Tengok lah remaja-remajanya, kebanyakannya dah memang macam Mat Salleh. Kalau English tu, perkataan-perkataan kesat je dia tahu heh.

Aku bukan lah nak menyokong apa yang Namewee buat. Dia tu katanya anti perkauman, tapi video dia buat tu pon, takde pon anti perkauman. Kalau betul dia tu anti perkauman, adakah dengan menghasilkan video yang bersifat perkauman tu boleh meredakan/memadamkan masalah pengetua yang bersifat perkauman tu? (Berapa banyak perkauman daa..)

Rakyat Malaysia kena ingat satu, jangan emosi sangat. Nanti kita jadi macam kebanyakan saudara serumpun kita kat bawah tu. Bukan Singapura lah, bawah lagi tu. Aku cakap kebanyakan sebab bukan semua macam tu. Kalau semua macam tu, bibik kat rumah makcik aku memang dah menganggur kot. =P

Kata tak panjang, sekali panjang lah pulak...Sambung sat lagi la..aku nak ambik adik-adik kesayanganku dari sekolah. salam~

hehehehe

p/s: adakah aku akan di'ZASSSS" sebab entri ini? =P

7 comments:

mizz sue said...

panjang jugak ni..hihi..macam2 hal kan sekarang ni..pening jer

Danial Ikhwan Jaafar said...

ye la mizz sue, macam2. nak hidup aman tenteram ni ada je halangan. kiranya, bukan selalu happily ever after la. hehe.

Hann said...

macam mana nak hapuskan semangat asabiyyah jikalau si penguatkuase sendri masih punya semangat asabiyyah yg kental dalm diri...

Danial Ikhwan Jaafar said...

mula dari kitalah. dari keluarga. adik2 kecik, atau anak2 sendiri. =)

Hann said...

setuju2

WenYi said...

hi danial,

i'm dropping by here coz u dropped a comment in my blog. Thanks for that :)

I read your post and comments and I can't help but agree with you that the change must come from within us.

Stereotyping people according to their ethnicity shouldn't be practiced. Double standards shouldn't even exist. I think that is the scenario that every Malaysian dreams of. So let's work together for a better Malaysia :)

Danial Ikhwan Jaafar said...

woohoo~yeah WenYi, dont lose hope. we will come across some black sheeps no doubt bout that but be strong. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails